Monday, June 13, 2011

Impian Seorang Ibu

Genap seminggu percutian bersama keluarga, banyak benda yang kadang kita tidak dapat menduga apa impian seorang insan bergelar IBU. Ibu membesarkan semua anaknya dan mengetahui akan perangai setiap anaknya malah langsung tidak pernah melupai akan anaknya. Tapi pernahkah kita sebagai seorang anak mengetahui apa impian hati seorang ibu? tahniah la kepada yang berjaya merealisasikan hati seorang ibu.. 4-11 jun 2011, satu percutian yang menarik sepanjang hidup ini. Cuti yang  penuh dengan jemputan majlis perkahwinan, sedang berehat bersama ibu, tiba-tiba keluar la secara spontan dari mulut aku ini setelah melihat kad jemputan perkahwinan.

Aku: Rasa nak kahwin juga la... nak buat meriah-meriah sikit..
Ibu: (hanya terdiam)
Aku: Mak nak menantu orang mana? Sabah? Kedah? ke nak orang dekat je, Kelantan? atau Besut?
Ibu: Cuba tengok rumah kita ni (melihat ke arah rumah), kalau semua kahwin, nak tidur dekat mana? lantai?    bilik air? kalau lah mak ada duit, mak dah lama besarkan rumah ini... untuk anak-anak mak..
Aku: (terdiam seketika)
Ibu: Kakak dah kahwin, angah sibuk fikir pasal jodoh, siapa la yang nak sambung rumah ini...

Terasa amat malu pasa ibu.. sebagai anak memang menjadi tanggungjawab aku untuk merealisasikan impian ibu apatah lagi aku ini anak lelaki.. dan aku sedar hanya aku lah harapan untuk menjadikan semua ini kenyataan dan menjaga adik-adikku yang masih bersekolah.. Sebaknya rasa kerana aku tidak dapat meneka apa impian ibu selama ini.. aku nekad.. aku nekad.. aku nekad untuk menghabiskan sarjana muda pendidikan aku ini dan seterusnya membuat hati ibu bahagia.. aku berdoa aku dapat merealisasikan impian ibu aku..
Maafkan aku ibu....

No comments:

Post a Comment