Wednesday, October 12, 2011

Kisah Hati...

Perasaan gembira memang sukar dibayangkan apabila diri ini digelar seorang insan bernama GURU.. Panggilan CIKGU sentiasa kedengaran disetiap penjuru sekolah yang tercinta... Sebelah kakiku berjaya mencecah ke alam pekerjaan yang amat mulia sekali tetapi bukan semua orang mengerti akan kemulian pekerjaan yang bernama GURU.. Di hari pertama persekolahan perasaan berdebar memang sentiasa meluap-luap dan saat itulah HATI kecil ini ingin berbicara, 'Emak, saya sudah bergelar CIKGU...'. Alangkah indahnya jika hari bersejarah itu diserikan dengan kehadiran seorang insan yang bernama Ibu yang banyak berkorban untuk anaknya tanpa mengira penat lelah apatah lagi dugaan dan cabaran.. Seorang Ibu yang sentiasa mendoakan anaknya berjaya dikala anaknya sedang tidur lelap ditengah malam, dikala anaknya kekenyangan oleh masakan-masakan yang dihidangkan dan dikala anaknya kegembiraan oleh kemenangan-kemenangan yang dicapai.. Tiba-tiba khayalan itu disangkal oleh panggilan salam dari seorang anak murid yang cukup menghormati GURU ini.. Panggilan sebegitu sentiasa kedengaran sepanjang hari persekolahan dan panggilan itu jugalah yang membuatkan hati ini bertambah semangat untuk meneruskan sesi persekolahan yang agak singkat.. Kelas pertamaku kelas yang cukup indah, yang cukup membuat semua orang tersenyum dengan dihiasi oleh wajah-wajah pelajar yang begitu ceria dan comel-comel kesemuanya.. Walaupun tiada wajah-wajah jejaka, tetapi kelas itu cukup sempurna bagi diri ini.. Hanya senyuman sahaja yang dapat diri ini berikan pada mereka dan diharapkan dengan senyuman inilah yang akan sentiasa mengiringi mereka sepanjang tempoh berada disana.. Diri ini telah membuang perasaan marah, sakit hati dan dengki seperti mana yang dipesan oleh insan tercinta, Ibuku.. Masih terdengar nasihat darinya, '3 bulan sahaja anak berada disana, dalam masa 3 bulan ini cubalah mengenali mereka dan bukanlah memarahi mereka, tiada insan yang suka dirinya dimarah.'. Terima kasih Ibu diatas nasihat itu.. Memang tak dinafikan sepanjang sesi pengajaran hati ini dilukai oleh benda-benda yang biasa ditempuh oleh GURU, tetapi semua itu dianggap sebagai asam garam dalam kehidupan.. Tempoh 3 bulan begitu singkat tetapi mempunyai 1001 pengalaman dan pengajaran yang cukup bermakna bagi kami yang baru melangkah ke arah pekerjaan ini.. 1001 peristiwa ini jugalah yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang baru dialam ini.. Sepanjang 3 bulan ini, memang cukup menggembirakan hati ini, memang cukup untuk menghiburkan anak kecil hati ini...Tetapi masih terdapat persoalan yang sentiasa bermain-main difikiran ini.. Adakah aku layak untuk bergelar GURU atau menerima panggilan CIKGU setelah 3 bulan aku tempuhi disini?? Alhamdulillah diri ini berjaya juga menghabiskan tempoh itu dengan penuh kegembiraan dan cukup bermakna sekali sehingga timbul perasaan sedih hendak meninggalkan sekolah dan juga anak murid yang tercinta.. Perasaan itu jugalah telah membuat hati ini tergerak hendak bersama mereka lagi, hendak keluar bersama mereka lagi.. Akhirnya impian tercapai dengan menghabiskan masa bersama mereka... Walaupun hanya bermain bowling dan karaoke sahaja, tetapi cukup bermakna sekali dan tidak akan dapat dilupai selagi jasad ini bernyawa.. Terima kasih kepada semua.. Setelah berjaya menghabiskan pembentangan dipenghujung semester, muncul satu berita yang cukup melukakan hati ini.. Adakah diri ini betul-betul penyebab kemusnahan yang berlaku?? Atau kerana begitu sayangkan mereka hingga keluar bersama-sama?? Atau segala ilmu yang diberikan menyebabkan semua ini berlaku?? Mungkin perlu wujud perasaan marah didalam diri ini dan mungkin kerana diri ini belum layak bergelar GURU.... Sakit hati dan perasaan berubah menjadi gusar setelah melihat semua ini berlaku.. Perlukah semua ini berlaku?? Perlukah perasaan saling tuduh menuduh ini berlaku?? Perlukan wujudnya perli memerli antara satu sama lain?? Perlukah setiap hari diri ini mendengar berita-berita yang menyakitkan hati?? Inikah balasan setelah apa yang kita bagi?? Adakah itu yang semua GURU mahukan?? Sukar untuk memaafkan diri ini... Terima kasih semua..






Sungguh Berkecil Hati.......

Monday, June 13, 2011

Impian Seorang Ibu

Genap seminggu percutian bersama keluarga, banyak benda yang kadang kita tidak dapat menduga apa impian seorang insan bergelar IBU. Ibu membesarkan semua anaknya dan mengetahui akan perangai setiap anaknya malah langsung tidak pernah melupai akan anaknya. Tapi pernahkah kita sebagai seorang anak mengetahui apa impian hati seorang ibu? tahniah la kepada yang berjaya merealisasikan hati seorang ibu.. 4-11 jun 2011, satu percutian yang menarik sepanjang hidup ini. Cuti yang  penuh dengan jemputan majlis perkahwinan, sedang berehat bersama ibu, tiba-tiba keluar la secara spontan dari mulut aku ini setelah melihat kad jemputan perkahwinan.

Aku: Rasa nak kahwin juga la... nak buat meriah-meriah sikit..
Ibu: (hanya terdiam)
Aku: Mak nak menantu orang mana? Sabah? Kedah? ke nak orang dekat je, Kelantan? atau Besut?
Ibu: Cuba tengok rumah kita ni (melihat ke arah rumah), kalau semua kahwin, nak tidur dekat mana? lantai?    bilik air? kalau lah mak ada duit, mak dah lama besarkan rumah ini... untuk anak-anak mak..
Aku: (terdiam seketika)
Ibu: Kakak dah kahwin, angah sibuk fikir pasal jodoh, siapa la yang nak sambung rumah ini...

Terasa amat malu pasa ibu.. sebagai anak memang menjadi tanggungjawab aku untuk merealisasikan impian ibu apatah lagi aku ini anak lelaki.. dan aku sedar hanya aku lah harapan untuk menjadikan semua ini kenyataan dan menjaga adik-adikku yang masih bersekolah.. Sebaknya rasa kerana aku tidak dapat meneka apa impian ibu selama ini.. aku nekad.. aku nekad.. aku nekad untuk menghabiskan sarjana muda pendidikan aku ini dan seterusnya membuat hati ibu bahagia.. aku berdoa aku dapat merealisasikan impian ibu aku..
Maafkan aku ibu....

Friday, August 27, 2010

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
  


Wanita dan Epal

Wanita ibarat Epal.



Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.



Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.



Susah di petik, susah di gapai.



Terkadang epal itu risau,



kenapala diriku belum di petik?



Lantas ia merendahkan martabatnya



dan mengugurkan diri menyembah tanah.



Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,



sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.



Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.



Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?



Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)




Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah???

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Thursday, August 26, 2010

Nuzul Al-Quran...

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. 


Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Monday, August 23, 2010

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..
Hayati Dan Fahami…

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan ditangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa GARAM? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu
hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka’bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Ramadhan Karim !!..

Salam Ramadhan......

Semoga Ramadhan kali ini banyak memberi erti dan pengajaran kepada kita semua....
Percaya la segala pengorbanan memberi kita 1001 erti dan hikmahnya...

Jom!!! ambik kesempatan ini kita perbanyakkan segala amalan-amalan dibulan yang mulia ini...
Ayuh!! perdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran agar ditenangkan lagi hati yang sering haloba ini...

Semoga doa-doa kita dimakbul oleh Allah S.W.T....

Kem.. Oh!!!! Camp...

Kem D'perkasa...~^^...
Welcome..

Kem yang telah menambat hatiku...

Why???
Banyaknya HIKMAH yang dapat... MashaAllah... sesungguhnya kem ini banyak membuka mataku...


Thanks to Afra' coz sudi dan bagi peluang menyertai dan mengendali kem ini...Pok Nik yang banyak membantu dan bagi tunjuk ajar... segala pengajaran akan ku manfaatkan..

Aktiviti yang banyak dan menarik...~nightwalk yang paling mencabar dan banyak pengajaran...
Tracking menguji fizikal minda dan teambulding untuk bentuk kerjasama...

Peserta-peserta yang sampai sekarang masih ku hubungi... wa.. ramainya kawan...
semoga diorang sihat sentiasa....

Dan yang paling best.... fasilitator-fasi yang sanggup berkorban demi jayakan kem ini...
semoga pengajaran dan kebaikan dapat diabadikan dan diambil iktibar....


                                   Kem D'Perkasa..... Kem dihatiku....

Not really done!!!!

Alhamdulillah.....

Almost done but not done  yet....
Bila la timbul sifat rajin ni untuk meng'edit' dan 'edit' blog ini lagi....???

Sem ni terlalu busy sampai lupa segala benda2 yang patut buat... hari2 perlu tengok buku jer~
hope dapat improve kan lagi pointer ku...

Thanks and special thanks to "Cerisedetomate" coz bagi sokongan untuk meng'update' segala benda yang patut update.. Segalanya patut ditulis agar tak ditelan zaman..