Wednesday, October 12, 2011

Kisah Hati...

Perasaan gembira memang sukar dibayangkan apabila diri ini digelar seorang insan bernama GURU.. Panggilan CIKGU sentiasa kedengaran disetiap penjuru sekolah yang tercinta... Sebelah kakiku berjaya mencecah ke alam pekerjaan yang amat mulia sekali tetapi bukan semua orang mengerti akan kemulian pekerjaan yang bernama GURU.. Di hari pertama persekolahan perasaan berdebar memang sentiasa meluap-luap dan saat itulah HATI kecil ini ingin berbicara, 'Emak, saya sudah bergelar CIKGU...'. Alangkah indahnya jika hari bersejarah itu diserikan dengan kehadiran seorang insan yang bernama Ibu yang banyak berkorban untuk anaknya tanpa mengira penat lelah apatah lagi dugaan dan cabaran.. Seorang Ibu yang sentiasa mendoakan anaknya berjaya dikala anaknya sedang tidur lelap ditengah malam, dikala anaknya kekenyangan oleh masakan-masakan yang dihidangkan dan dikala anaknya kegembiraan oleh kemenangan-kemenangan yang dicapai.. Tiba-tiba khayalan itu disangkal oleh panggilan salam dari seorang anak murid yang cukup menghormati GURU ini.. Panggilan sebegitu sentiasa kedengaran sepanjang hari persekolahan dan panggilan itu jugalah yang membuatkan hati ini bertambah semangat untuk meneruskan sesi persekolahan yang agak singkat.. Kelas pertamaku kelas yang cukup indah, yang cukup membuat semua orang tersenyum dengan dihiasi oleh wajah-wajah pelajar yang begitu ceria dan comel-comel kesemuanya.. Walaupun tiada wajah-wajah jejaka, tetapi kelas itu cukup sempurna bagi diri ini.. Hanya senyuman sahaja yang dapat diri ini berikan pada mereka dan diharapkan dengan senyuman inilah yang akan sentiasa mengiringi mereka sepanjang tempoh berada disana.. Diri ini telah membuang perasaan marah, sakit hati dan dengki seperti mana yang dipesan oleh insan tercinta, Ibuku.. Masih terdengar nasihat darinya, '3 bulan sahaja anak berada disana, dalam masa 3 bulan ini cubalah mengenali mereka dan bukanlah memarahi mereka, tiada insan yang suka dirinya dimarah.'. Terima kasih Ibu diatas nasihat itu.. Memang tak dinafikan sepanjang sesi pengajaran hati ini dilukai oleh benda-benda yang biasa ditempuh oleh GURU, tetapi semua itu dianggap sebagai asam garam dalam kehidupan.. Tempoh 3 bulan begitu singkat tetapi mempunyai 1001 pengalaman dan pengajaran yang cukup bermakna bagi kami yang baru melangkah ke arah pekerjaan ini.. 1001 peristiwa ini jugalah yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang baru dialam ini.. Sepanjang 3 bulan ini, memang cukup menggembirakan hati ini, memang cukup untuk menghiburkan anak kecil hati ini...Tetapi masih terdapat persoalan yang sentiasa bermain-main difikiran ini.. Adakah aku layak untuk bergelar GURU atau menerima panggilan CIKGU setelah 3 bulan aku tempuhi disini?? Alhamdulillah diri ini berjaya juga menghabiskan tempoh itu dengan penuh kegembiraan dan cukup bermakna sekali sehingga timbul perasaan sedih hendak meninggalkan sekolah dan juga anak murid yang tercinta.. Perasaan itu jugalah telah membuat hati ini tergerak hendak bersama mereka lagi, hendak keluar bersama mereka lagi.. Akhirnya impian tercapai dengan menghabiskan masa bersama mereka... Walaupun hanya bermain bowling dan karaoke sahaja, tetapi cukup bermakna sekali dan tidak akan dapat dilupai selagi jasad ini bernyawa.. Terima kasih kepada semua.. Setelah berjaya menghabiskan pembentangan dipenghujung semester, muncul satu berita yang cukup melukakan hati ini.. Adakah diri ini betul-betul penyebab kemusnahan yang berlaku?? Atau kerana begitu sayangkan mereka hingga keluar bersama-sama?? Atau segala ilmu yang diberikan menyebabkan semua ini berlaku?? Mungkin perlu wujud perasaan marah didalam diri ini dan mungkin kerana diri ini belum layak bergelar GURU.... Sakit hati dan perasaan berubah menjadi gusar setelah melihat semua ini berlaku.. Perlukah semua ini berlaku?? Perlukah perasaan saling tuduh menuduh ini berlaku?? Perlukan wujudnya perli memerli antara satu sama lain?? Perlukah setiap hari diri ini mendengar berita-berita yang menyakitkan hati?? Inikah balasan setelah apa yang kita bagi?? Adakah itu yang semua GURU mahukan?? Sukar untuk memaafkan diri ini... Terima kasih semua..






Sungguh Berkecil Hati.......